SELAMAT TAHUN BARU 2010

Wednesday, April 28, 2010

Masa

Salam pertemuan di arena penulisan.

Akhir-akhir ini aku merasakan banyak perkara yang perlu diselesaikan dan sedikit mencabar. Banyak yang perlu kerana berkaitan diantara satu sama lain. Aku perlu cool dalam menyelesaikannya. Aku menyedari, aku ni memang kasar sikit sifatnya. Mungkin dikala ini Allah menguji aku lebih sikit. Mungkin sebab silap aku jugak.
Minggu ini, aku terpaksa membaiki kereta aku lebih sikit sebab kurang perhatian. Pemerhatian yang berterusan menjamin keselamatan dan keselesaan. Terbang jugak lima - enam ratus. Tapi tidak mengapa. Mungkin akan dapat sesuatu yang memuaskan hati.
Memang dalam jadual aku pada bulan ini dan bulan depan agak padat sikit. Bebarapa hari berada di rumah kemudian keluar semula. Aku perlu menyelaraskan beberapa perkara. Mungkin ada beberapa perkara yang dirancang bersama aku terpaksa tinggalkan dahulu. Kegiatan dengan masyarakat pun aku terpaksa melarikan diri juga. Apa nak buat, bertindih masa.
Hari esok, aku kena pergi UPM Serdang kerana mengahantar isteri untuk kursus sehari kerana bertugas tempat bertugas. Diikuti pada 3 Mei  terpaksa pulak ke IPK Kuantan untuk dia melaporkan diri kemudian terus ke tempat baru. Dalam wakttu yang sama surat pangillan dari JPN untuk bertugas selama 4 hari di SMK Jengka Pusat pula yang sampai. Tak tahulah nak perhi ke tidak.
Pada 8 Mei, arahan untuk bertugas di Kejohanan Piala Thomas dah disahkan. Memang kena pergi jugak. Tapi memang aku nak pergi. Lama juga tu 10 hari hingga 18 Mei. Manakala 26 Mei pula diminta bertugas di Stadium Badminton Indera Mahkota, Kuantan pula selama 5 hari.
Nampak gayanya, perbelanjaan jadi lebih sikitlah pada bulan Mei ni. Yuran asrama anak-anak pun kena clear juga. Kalau tidak nanti tertunggak, pening juga jadinya.
Kadangkala walaupun sibuk sekalipun hingga tiada masa lapang namun kita akan merasa puashati. Walaupun kita berada dalam keadaan tertekan, kita akan berasa puas dan gembira. Itulah rencah kehidupan. Bukan ukuran kemewahan atau banyak masa yang kita perolehi. Tetapi lebih kepada bagaimana kita menguruskan masa dengan berkesan.

Wassalam.

Thursday, April 22, 2010

Apa nak bagi tajuk ni?

Facebook.... suatu bentuk kemunikasi maya yang mudah dan mempermudahkan perhubungan terkini. Kurang sikit dari persidangan secara online. Boleh berhubung melalui pesanan, chat dan banyak lagi bagi yang mahir. Komunikasi tiada tempoh masa.

Semalam apabila aku mencari rakan, sahabat handai yang ada kaitan dengan aku dulu melalui, memang aku temui. Yang mana dahulu jika nak cari mereka ini memerlukan masa yang lama dan perbelanjaan yang banyak.

Cuma yang menjadi masalah utama ialah sama ada rakan yang dihubungi tersebut masih ingat lagi atau memang sudah lupa. Ataupun memang anda seorang yang memang patut dilupai. Itu memang salah kita, Tidak boleh diletakkan kesalahan tersebut kepada rakan yang dihubungi.

Yang seronoknya aku dapat tahu dimana mereka yang pernah mempunyai pertalian dengan aku. Pasti aku telah menemui mereka di medan komunikasi tanpa batasan.

Yang perlu kita tahu FB ini ada baik dan ada buruknya. Jadi pandai-pandailah kita menggunakannya untuk keperluan dan kepentingan dalam merapatkan sillaturrahim sesama kita.

Wassalam.

Tuesday, April 20, 2010

Memori silam kembali menjelma

Dalam minggu ini, aku dihubungi oleh beberapa pelajar SMADNKK yang pernah ku bertugas 20 tahun yang lalu. Suatu jangka masa yang memang agak lama. Entah kenapa kenangan silam dulu itu memautkan kembali pertalian yang telah sekian lama hilang ditelan zaman. Semuanya kembali berlegar diingatan silih berganti tanpa dipaksa.
Disitulah bermula sebuah hikayat selepas aku menamatkan pelajaran di tingkatan 6 atas SMAAT. Tergambar sebuah asrama pelajar dua tingkat tiada berbilik atau lebih hebat disebut rumah panjang yang tak berapa panjang.
Seramai 100 lebih pelajar pernah menginap didalamnya. Kalau di ceritakan mungkin ramai yang tidak percaya. Tapi itulah hakikatnya.
Berbalik kepada situasi terkini, selepas beberapa orang menghubungi ku. Rupanya mereka telah bergabung kembali. Baguslah macam tu. Ada peningkatan persahabatan yang berkekalan.
Seingat saya ada 60 orang pelajar yang setingkatan. Itu belum di tambah dengan sesama asrama. Mungkin mencecah 300 orang ketika itu.
Terkini mereka telah mula bergabung kembali. Untuk memulakan suatu misi yang mempunyai matlamat yang besar. Dengar cerita telah wujud resolusi kearah itu. Mungkin suatu reunion raksaksa akan dilakukan. Maklumlah, mereka semua telah berjaya mencapai suatu frasa dalam kehidupan mereka. Sudah sampai masanya mereka kembali mencari sejarah usul mereka. Suatu sejarah yang bermulanya sebuah kisah tetapi pengakhirannya bukan disitu. Namun disitu 'root' yang menjadi batu loncatan kepada mereka. Tempat jatuh lagikan dikenang. Inikan pula tempat bermula.
Tunggulah perkembangan selanjutnya......