SELAMAT TAHUN BARU 2010

Monday, August 17, 2009

Aktiviti Waktu Petang (Senaman)

Salam sejahtera,

Aku ada kelab badminton kat sini. Bilangan ahli boleh tahanlah juga. Lebih kurang 27 orang semuanya. Waktu main, mula dari pukul 5.00 - 7.00 petang dari Isnin hingga Khamis dan Sabtu. Patang Jumaat dan petang Ahad cuti. Semua ahli ok. Boleh mainlah. Taklah macam Khoo Kean Kiat dan Tan Bon Heong tu. Tapi berpeluh jugalah.

Tapi petang ni aku rasa tak boleh nak main sebab urat belakang aku dah sikit kendur masa ni. Tak pe lah. Rilex dululah. Lagipun dah nak tiba bulan Ramadhan ni kena slow lah main tu.

Kelab aku ni antarabangsa sikit, ada satu Cina dan satu India, lain semua melayu. Latar belakang berbeza semua. Bidang pekerjaan pun bagai-bagai. Masa main ikut satu law ajelah. Bila bulan Ramadhan, kelab aku tutup sebulan.

Lepas raya nanti barulah sambung semula. Bimbang nanti raket pun tak tahu dah simpan mana. Tak kisahlah tu. Yang penting puasa dan kelebihannya dulu.

Siapa yang try nak lawan kelab aku, marilah. Lepas rayalah. Mesej kat aku, nanti aku adjustlah. By the way, see you.

Tq.


Aku sudah ada blog sendiri.

Salam sejahtera,

Hari aku rasa boring sangat. Tak tahu nak buat apa lagi. Jadi aku cari lah ide bagaimana nak masuk dalam blog.
Hari-hari aku tengok blog orang aje. Teringin juga. Nak tanya orang tak tahu siapa yang ditanya.

Akhir sekali, aku cuba beranikan diri try buat. Akhirnya terciptalah blog aku yang pertama. Walaupun bukan sepenuhnya ide aku. Tapi aku rasa "pelik" jugalah.

Maka sekarang ni aku berfikirlah pulak bagaimana nak memenuhkan pengisiannya. Apalah bahan yang sesuai untuk dimuatkan berbanding pengalaman yang ada setakat ini.

Tapi tak pe lah. Lama-lama nanti adalah tu. Ide bukan boleh dipaksa tapi datang melalui ilham. Insyaallah.

Terima kasih.