SELAMAT TAHUN BARU 2010

Wednesday, February 3, 2010

Semangat Tahun 2010

Dalam diam tak diam, tahun 2010 memberikan sedikit inspirasi. Aku memulakan peniagaan sendiri. Nama perniagaan pun Sisenja jugak.

Pada peringkat awal, perjalanan bisnes aku bermula dengan gerai memproses ayam dan kelapa biji serta diparut. Minggu pertama, aku hanya berjaya menjual satu bakul ayam dalam masa dua hari. Peningkatan nampak berkembang maju sedikit apabila pada minggu kedua satu bakul ayam dapat dihabiskan dalam masa satu hari walaupun hingga lewat malam. Tapi tak mengapa, pelanggan bukan makan ayam hari-hari.

Pada aku bekalan ayam tidak mendatangkan masalah. Cuma pelanggan mungkin belum mengenali aku dengan lebih lanjut dalam bidang perniagaan. Mungkinlah mereka tak yakin dengan kemampuan aku. Lagipun dikawasan yang sama telah ada satu gerai memproses ayam yang lebih "establish" dari aku. Jualan dia pun dalam 6 hingga 7 bakul dalam satu hari. Itupun ia buka hingga pukul 12 tgh aje.

Tapi yang penting bagi aku, rezeki ada pada setiap insan. Aku bukan nak lawan gerai dia, cuma ingin berkongsi minat dan kebolehan dalam memenuhi citarasa pelanggan. Bagi aku perlawanan harga bukanlah sesuatu yang perlu dalam bisnes. Terutama kat kampung macam nilah. Ada insan memberi cadangan dengan aku supaya melawan harga. Tapi aku kata biar ajelah.

Bisnes kelapa agak payah sikit, sebab utama adalah untuk mendapatkan bekalan kelapa. Kalau adapun, aku tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan. Mungkin belum sesuai bagi aku. Tapi jalan jugalah setakat yang ada. Kelapa kampung pun ada sikit buat "umpan" pelanggan katakan. Buat masa ini bisnes akau masih lagi diperingkat promosi secara perlahan disampin melihat kekuatan tenaga yang ada. Kalau laju nanti tak menang tangan pulak nak buat kerja.

Perancangan jangka panjang aku memang ada. Aku nak memasukkan jualan daging segar, daging sejuk beku, puyuh proses, santan segar dan banyak lagilah. Lori pun aku nak beli jugak ni. Nak buat angkut barang dan buat sewa. Tapi buat masa ni, tunggu dan lihat dulu. Buat analisis sikit tentang pasaran dan peluang yang ada. Analisis dari segi pesaing pun kena kaji juga. Tapi semua perancangan akan datang tu memang memerlukan pertambahan modal tetap serta modal pusingan. Kalau tak semua tak jalan.

Dalam masa yang sama, akau masih lagi mencari pengusaha kedai-kedai makan, restoran mahupun kantin kilang dan sekolah untuk aku membekalkan ayam segar kepada mereka. Tapi belum terjumpa. Mungkin suatu hari nanti, mungkin, siapa yang tahu.

Yang pasti aku tidak boleh mengalah dalam bersaing untuk terus bertapak dalam dunia perniagaan. Aku dah ada perancangan untuk menyokong tenaga kerja yang ada. Tapi tak bolehlah cerita dulu, perancangan boleh berubah mengikut pelaksanaan semasa. Plan mesti banyak kalau tak tak boeh nak jalan nanti.

Berusahalah... 9 / 10 daripada rezeki adalah dari peniagaan.

p/s : hidup ini pun boleh dikatakan sebagai perniagaan. Jual masa, jual tenaga dan sebagainya.