Salam pertemuan di arena penulisan.
Akhir-akhir ini aku merasakan banyak perkara yang perlu diselesaikan dan sedikit mencabar. Banyak yang perlu kerana berkaitan diantara satu sama lain. Aku perlu cool dalam menyelesaikannya. Aku menyedari, aku ni memang kasar sikit sifatnya. Mungkin dikala ini Allah menguji aku lebih sikit. Mungkin sebab silap aku jugak.
Minggu ini, aku terpaksa membaiki kereta aku lebih sikit sebab kurang perhatian. Pemerhatian yang berterusan menjamin keselamatan dan keselesaan. Terbang jugak lima - enam ratus. Tapi tidak mengapa. Mungkin akan dapat sesuatu yang memuaskan hati.
Memang dalam jadual aku pada bulan ini dan bulan depan agak padat sikit. Bebarapa hari berada di rumah kemudian keluar semula. Aku perlu menyelaraskan beberapa perkara. Mungkin ada beberapa perkara yang dirancang bersama aku terpaksa tinggalkan dahulu. Kegiatan dengan masyarakat pun aku terpaksa melarikan diri juga. Apa nak buat, bertindih masa.
Hari esok, aku kena pergi UPM Serdang kerana mengahantar isteri untuk kursus sehari kerana bertugas tempat bertugas. Diikuti pada 3 Mei terpaksa pulak ke IPK Kuantan untuk dia melaporkan diri kemudian terus ke tempat baru. Dalam wakttu yang sama surat pangillan dari JPN untuk bertugas selama 4 hari di SMK Jengka Pusat pula yang sampai. Tak tahulah nak perhi ke tidak.
Pada 8 Mei, arahan untuk bertugas di Kejohanan Piala Thomas dah disahkan. Memang kena pergi jugak. Tapi memang aku nak pergi. Lama juga tu 10 hari hingga 18 Mei. Manakala 26 Mei pula diminta bertugas di Stadium Badminton Indera Mahkota, Kuantan pula selama 5 hari.
Nampak gayanya, perbelanjaan jadi lebih sikitlah pada bulan Mei ni. Yuran asrama anak-anak pun kena clear juga. Kalau tidak nanti tertunggak, pening juga jadinya.
Kadangkala walaupun sibuk sekalipun hingga tiada masa lapang namun kita akan merasa puashati. Walaupun kita berada dalam keadaan tertekan, kita akan berasa puas dan gembira. Itulah rencah kehidupan. Bukan ukuran kemewahan atau banyak masa yang kita perolehi. Tetapi lebih kepada bagaimana kita menguruskan masa dengan berkesan.
Wassalam.
SELAMAT TAHUN BARU 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment