Dalam minggu ini, aku dihubungi oleh beberapa pelajar SMADNKK yang pernah ku bertugas 20 tahun yang lalu. Suatu jangka masa yang memang agak lama. Entah kenapa kenangan silam dulu itu memautkan kembali pertalian yang telah sekian lama hilang ditelan zaman. Semuanya kembali berlegar diingatan silih berganti tanpa dipaksa.
Disitulah bermula sebuah hikayat selepas aku menamatkan pelajaran di tingkatan 6 atas SMAAT. Tergambar sebuah asrama pelajar dua tingkat tiada berbilik atau lebih hebat disebut rumah panjang yang tak berapa panjang.
Seramai 100 lebih pelajar pernah menginap didalamnya. Kalau di ceritakan mungkin ramai yang tidak percaya. Tapi itulah hakikatnya.
Berbalik kepada situasi terkini, selepas beberapa orang menghubungi ku. Rupanya mereka telah bergabung kembali. Baguslah macam tu. Ada peningkatan persahabatan yang berkekalan.
Seingat saya ada 60 orang pelajar yang setingkatan. Itu belum di tambah dengan sesama asrama. Mungkin mencecah 300 orang ketika itu.
Terkini mereka telah mula bergabung kembali. Untuk memulakan suatu misi yang mempunyai matlamat yang besar. Dengar cerita telah wujud resolusi kearah itu. Mungkin suatu reunion raksaksa akan dilakukan. Maklumlah, mereka semua telah berjaya mencapai suatu frasa dalam kehidupan mereka. Sudah sampai masanya mereka kembali mencari sejarah usul mereka. Suatu sejarah yang bermulanya sebuah kisah tetapi pengakhirannya bukan disitu. Namun disitu 'root' yang menjadi batu loncatan kepada mereka. Tempat jatuh lagikan dikenang. Inikan pula tempat bermula.
Tunggulah perkembangan selanjutnya......

No comments:
Post a Comment