Salam,
Petang semalam aku tak pergi main badminton, kecoh member tanya. Napa tak turun. Kecoh la dema ni. Bukan apa mereka tu memang suka nak fight dengan aku. Baru ada saingan sikit. Dema tu kau buat lauk aje. Masak lemak ke, masak asam pedas ke. Macam kata orang tu, terjelir la.. Tapi kadang-kadang lauk pun bisa jugak. Kena tergigit tulang ke atau tercekik tulang ke.. baru haru.. Kalau silap hemat, masuk hospital, operate leher.
Biasa la tu, kadang-kadang kawan boleh jadi lawan kalau tak pandai nak layan. Layan lebih-lebih sampai naik junjung. Tak dilayan nanti mula tak bertegur sampai 2 minggu. Kawan-kawan ni ada masanya ia sangat diperlukan. Ada masanya jangan diikutkan sangat. Kali pertama boleh, kedua tak apa, ketiga boleh jalanlah.
Dema plan nak ajak mana-mana group yang berhampiran nak ajak friendly, tapi mana sempat dah, hari Jumaat ni dah dijangka akan mula berpuasa. Jadi friendly terawih ajelah. Tak de nak gaduh. Ikut je Iman tu sampai habis 20 rakaat. Ada juga senamannya.
Aku ingat dalam bulan puasa ni. time free tu nak pergi memancing pulak. Tapi kat mana agaknya yang cantik dan tenang. Buat plan dulu. Mana tahu ada rezeki. Aku pernah memancing dapat ikan pati seberat 10 kilo dekat lombong di Batu 4. Lama dah tu. Ada aku tangkapp gambar guna handphone member, tapi tak tahu mana simpan. Kena cari balik dalam laptop aku. Rasanya aku ada simpan dalam CD. Tapi banyak sangat CD, tak tahu mana satu. Kalau aku jumpa nanti boleh aku letak kat blog ni. Nak pegi kat lombong tu lagi sekarang ni dah macam tempat perkhemahan la pulak. Ramai sangat orang pergi termenung menunggu ikan kat situ. Rasa tak syok pulak.
Takpe, kalau banyak sangat aku tulis kat sini, jemu gak orang baca. Sambung lain kalilah......
Tq.
SELAMAT TAHUN BARU 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment