Salam sejahtera,
Dikala awal malam ni, menjelang 10 malam, biasanya aku membuat rondaan disekitar taman perumahan tempat aku menginap ni. Tak payah ada rukun tetanga atau rela pun. Rukun Tetangga memang nak tubuh kat perumahan ni tapi belum lulus lagi. Rela pun baru nak mula kena kursus dulu. Aku ronda pun waktu selamat aje. Kalau keadaan tak berapa selamat atau ada kekecohan ke, itu bukan tugas aku dah. Polis kan ada. Lapor aje pada mereka. Bukan payah sangat.
Waktu ronda tu, kena bawa lampu picit kecik satu, wisel atau cota kalau ada. Atau bawa la batu seketul dua. Bukan apa, kalau ada anjing cuba nak mengacau ke, senanglah buat matematik. Kira batu la jawabnya. Pusing satu round, lepas pergi minum teh "o" kat kedai tepi taman tu. Kalau ada teman, kecoh la juga. Tapi kalau tak de teman terpaksalah tengok vcd yang ditayangkan aje. Kalau movie ok sikit.
Balik rumah sebelum pukul 12 la. Ini law. Kalau lebih kira dah berembun dah tu. Tak boleh. Meronda pun bukannya tiap-tiap hari. Kalau hari-hari macam cari gossip pulak. Tapi kalau ada keadaan luar biasa tak apalah juga. Jaga keamanan dan ketenteraman aje.
Tak pe lain kali lah pulak.
Tq.
SELAMAT TAHUN BARU 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment